SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI KOLEJ DUA BELAS, UPM
Wednesday, 24 November 2010 11:45
Last Updated on Monday, 07 March 2011 08:03
Written by Auryn
|
|
|
|

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada semua pengunjung laman web rasmi Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia.
Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan selamat datang dan tahniah kepada semua mahasiswa yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dan khususnya buat pelajar-pelajar baharu yang telah selamat mendaftar di Kolej Dua Belas bagi semester pertama Sesi Akademik 2010/2011.
Kolej Dua Belas sentiasa menekankan misinya sebagai sebuah kolej kediaman pelajar yang mampu memberikan infrastuktur yang selesa, kemudahan pembelajaran yang konduksif dan membuka peluang untuk berinteraksi di kalangan warga kolej untuk kearah pembentukan modal insan yang cemerlang dan gemilang, sejajar dengan matlamat universiti yang menekankan 7 Kemahiran Insahniah. Walaupun begitu, untuk mencapai misi dan visi kolej, kesemua warga kolej perlu menggemblengkan usaha untuk terus maju dan berwawasankan Wawasan 2020.
Diharapkan, semoga Kolej Dua Belas terus bergerak seiring dengan motto keunggulannya "Nothing is Permanent".
Pengetua Kolej Dua Belas
Dr. Ismail bin Abd. Latif
Pengetua
Kolej Dua Belas
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan





