Gotong-royong Akibat Pokok Tumbang Di Dewan Putra 2 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Gotong-royong akibat Pokok Tumbang Di Dewan Putra 2

Gotong-royong akibat Pokok Tumbang Di Dewan Putra 2

Serdang, 21 Februari 2018.   Pihak pengurusan Kolej Serumpun telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Dewan Putra 2 di Kolej 12,14,15 dan 16 berikutan kejadian hujan yang turun dengan lebat di kawasan Serdang pada 17 Februari 2018 yang lalu, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang.  Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda berlaku berikutan cuti yang panjang sempena menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.  Kebanyakkan pelajar mengambil kesempatan itu untuk pulang ke rumah.

Gotong-royong ini juga mendapat bantuan dan kerjasama dari pihak Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM serta PJSD .  Pihak TPU telah menyediakan bantuan dengan menyediakan satu unit trektor bagi mengangkut bahan buangan untuk di bawa keluar dari kawasan, sementara PJSD pula telah menghantar beberapa kakitangan untuk membantu pihak kolej membersihkan kawasan.

 

 

 

Date of Input: 27/02/2018 | Updated: 28/02/2018 | fuziah

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEZLAx~