ECHANTING ROOM COMPETITON K12 | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » ECHANTING ROOM COMPETITON K12

ECHANTING ROOM COMPETITON K12

ENCHANTING ROOM COMPETITION K12

KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024 SERDANG, 22 JANUARI

Program Enchanting Room Competition K12 merupakan program anjuran Sekretariat Blok, Kebajikan, dan Keselamatan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2023/2024 dengan Kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mahasiswa dalam memiliki persekitaran bilik yang nyaman dan mengamalkan konsep hijau. Di samping itu, program ini bertujuan memupuk rasa tanggungjawab dalam diri mahasiswa untuk menjaga kebersihan kawasan sekeliling dan kediaman masing-masing. Pengisian utama program ini terdiri daripada sesi menghias bilik peserta yang mana para peserta mampu menyerlahkan bakat mereka di samping menunjukkan bahawa menjadi pelajar bukanlah penghalang dalam menjaga kebersihan bilik mereka.

Program ini bermula pada 18 Disember sehingga 31 Disember 2023 yang mana para peserta dinilai oleh felo berdasarkan gambar yang telah disertakan. Para peserta diberikan masa selama 2 minggu bagi menghias bilik mereka sebelum sesi penjurian dijalankan. Seramai 9 orang peserta telah mengikuti pertandingan ini. Bagi sesi penyampaian hadiah pula, sesi tersebut telah diadakan di pejabat Kolej Dua Belas pada 19 Januari 2024 iaitu pada hari Jumaat. Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua, Dr. Aris dan diiringi oleh pengarah program, saudari Nur Aisyah bersama-sama dengan para pemenang. Sesi tersebut berakhir dengan fotografi bersama para pemenang. Gambaran 1 menunjukkan gambar bilik pemenang tempat pertama bagi program Enchanting Room Competition K12 kategori lelaki Gambaran 2 menunjukkan gambar bilik pemenang tempat kedua bagi program Enchanting Room Competition K12 kategori lelaki Gambaran 3 menunjukkan gambar bilik pemenang tempat pertama bagi program Enchanting Room Competition K12 kategori Perempuan Gambaran 4 menunjukkan gambar bilik pemenang tempat kedua bagi program Enchanting Room Competition K12 kategori perempuan Gambaran 3 menunjukkan para pemenang bagi program Enchanting Room Competition K12

Gambaran 1 menunjukkan gambar bilik pemenang tempat pertama bagi program Enchanting Room Competition K12 kategori lelaki

Gambaran 2 menunjukkan gambar bilik pemenang tempat kedua bagi program Enchanting Room Competition K12 kategori lelaki

Gambaran 3 menunjukkan gambar bilik pemenang tempat pertama bagi program Enchanting Room Competition K12 kategori Perempuan

Gambaran 4 menunjukkan gambar bilik pemenang tempat kedua bagi program Enchanting Room Competition K12 kategori perempuan

Gambaran 3 menunjukkan para pemenang bagi program
Enchanting Room Competition K12

 

Date of Input: 22/01/2024 | Updated: 20/03/2024 | m.ahir

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEcIAm~