UPM Tuan Rumah Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » UPM Tuan Rumah Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM)

UPM Tuan Rumah Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM)

SERDANG, 25 September – SUKUM telah dilangsungkan selama lapan hari dengan UPM selaku tuan rumah. Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Kali Ke-44 (SUKUM 2022) telah berlangsung secara meriah di mana Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 17 sehingga 24 September 2022.

Lebih menarik lagi, UPM juga merangkul juara keseluruhan Sukan Staf pada penganjuran kali ke-44 ini. Kejuaraan itu diraih kerana kontinjen UPM menjadi juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 dengan pungutan pingat 18 emas, 19 perak dan 15 gangsa. Kehadiran para atlet daripada staf institusi yang lain melancarkan lagi perjalanan kejohanan yang mana tempat kedua telah disandang oleh Universiti Malaysia Perlis dengan kutipan pingat 17 emas, 15 perak dan 19 gangsa.

 

 

Kolej Kediaman UPM telah banyak membantu di dalam penganjuran Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 bagi penginapan sukarelawan serta kontigen dari seluruh univerisiti Malaysia. Ia juga telah dapat menjimatkan kos bagi sewaan atau perolehan sistem daripada pihak luar. Kolej Dua Belas menerima penginapan kontingen dari UNIMAP dan UMP serta sukarelawan seramai 350 orang.

Ini merupakan kali pertama UPM dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Sukan Staf dan YH. Naib Canselor UPM merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada atlet staf yang bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan kali ini adalah milik UPM.

 

Menurut beliau lagi, SUKUM adalah wadah dalam merapatkan hubungan kekeluargaan antara institusi pengajian tinggi dan dapat membudayakan gaya hidup sihat di kalangan staf dan pelajar institusi pengajian tinggi. Ini adalah satu budaya gaya hidup sihat yang perlu dipraktikkan oleh semua peringkat.

Tahniah diucapkan kepada Puan Nor Hasuzie binti Abdullatif dari Kolej Dua Belas UPM yang menyertai acara badminton sehingga ke peringkat suku akhir yang diadakan di Uptown Sports, Bandar Baru Bangi pada 18 September 2022 UPM.

Melalui acara sukan seperti SUKUM ini yang diadakan dua tahun sekali, dapat meningkatkan lagi daya tahan mental dan fizikal sumber manusia selain berupaya meningkatkan indeks kesejahteraan dalam kalangan staf. Peningkatan indeks ini berupaya memberikan ‘peace of mind’ serta mendorong staf untuk bekerja dengan lebih produktif. Pada masa yang sama, penganjuran ini adalah bertepatan dengan citra Matlamat Ke-5, Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu memantapkan governan dan tadbir urus sumber.

Syabas diucapkan!

 

Boleh rujuk: STATISTIK DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN

Tarikh Input: 28/09/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEeLAU~