SERDANG, 14 Februari – Demi keselamatan pelajar dan staf kolej, staf Kolej Serumpun telah mengambil inisiatif menampal jalan-jalan yang berlubang di dalam kolej terutamanya di laluan utama, di mana kebanyakan penggunanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang menaiki motosikal. Pihak pengurusan kolej mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf kolej serumpun yang prihatin terutamanya kepada Penolong Pengurus, Kolej Empat Belas iaitu En. Mohd Hazrie Minhat selaku pengerak utama.
Tarikh Input: 14/02/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | aynafarhana
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR