Tahniah Dan Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi 2022/2023 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Tahniah dan Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi 2022/2023

Tahniah dan Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi 2022/2023

 

SERDANG, 8 Oktober - Seramai 467 orang pelajar baharu program Bacelor mendaftar di Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia bagi sesi 2022/2023 pada 6 Oktober 2022 baru-baru ini. Daripada jumlah itu, seramai 136 jumlah bagi pelajar lelaki dan 331 merupakan pelajar perempuan. Seluruh warga Kolej Dua Belas merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua Pelajar Baharu bagi Sesi 2022/2023 kerana telah terpilih untuk belajar di salah sebuah universiti terbaik dunia iaitu di tangga ke 123 terbaik dunia serta kedua terbaik di Malaysia.

 

Barisan staf, felo dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas mengucapkan selamat datang kepada pelajar baharu Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia. Pelajar baharu juga turut terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti sepanjang Minggu Perkasa Putra yang telah ditetapkan antaranya ialah Majlis Bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Majlis Bersama Pengetua Kolej, Taklimat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Bahagian Akademik, Majlis Bersama Pengurusan serta Ketua Bahagian dan sebagainya.

Ribuan terima kasih turut diucapkan kepada para petugas, MPK, staf Kolej Dua Belas atas kerjasama bagi memastikan proses pendaftaran masuk kolej kediaman pada sesi ini berjalan dengan lancar. Seluruh warga Kolej Dua Belas berharap pelajar baharu pada sesi kali ini dapat menempuhi perjalanan sebagai mahasiswa universiti yang terbaik dan cemerlang dalam memenuhi impian yang tertinggi bagi diri mahasiswa serta keluarga.

Tarikh Input: 13/10/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEeKAX~