Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari
SERDANG, 22 Ogos - Bahagian Hal Ehwal Pelajar menganjurkan Kem Pengurusan Organisasi Mega Majlis Perwakilan Kolej bagi tahun 2019 di Kem PLKN Jaya Gemilang A’Famosa, Melaka pada 18 hingga 21 Ogos 2019.
Kem tersebut dihadiri oleh Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2019/2020 dari 9 buah Kolej Kediaman. Pelbagai aktiviti diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang asas kepimpinan unggul selari dengan peningkatan cabaran dalam bidang pendidikan dan pembentukan sahsiah pelajar di Universiti Putra Malaysia.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah Tarian Zafina, latihan kawad, aktiviti luar seperti night orienteering, obstacle course, aktiviti air, permainan tong bocor, slot berkaitan penajaan serta hala tuju aktiviti pelajar.
Kolej Dua Belas telah memperoleh juara keseluruhan bagi KPO yang julung kali diadakan serta membawa pulang piala pusingan dan hadiah. Tahniah diucapkan kepada MPK Sesi 2019/2020. Semoga kejayaan ini dapat memberi suntikan semangat untuk meningkatkan potensi diri dan terus menyumbang kepada perkhidmatan yang terbaik di UPM.
Perasmian penutup Kem Pengurusan Organisasi Mega Majlis Perwakilan Kolej Tahun 2019 oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman (Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Berikut merupakan keputusan penuh Aktiviti KPO Mega Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2019/2020 UPM:
Keputusan Keseluruhan
Johan : Kolej Dua Belas
Naib Johan : KOSASS & Kolej Sepuluh
Keempat : Kolej Tiga Belas
Kelima : Kolej Empat Belas
Keenam : Kolej Tujuh Belas
Ketujuh : Kolej Pendeta Za’ba
Kelapan : Kolej Tun Dr. Ismail
Kesembilan : Kolej Canselor
TAHNIAH KOLEJ DUA BELAS!
Tarikh Input: 28/08/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | aynafarhana
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR